RSS

Tugas dan Tanggungjawab Exco

02 Feb

Exco Informasi dan Penerbitan
• Menguruskan blog dan email kelab
• Menghasilkan dan mengurus friendster untuk kelab Tradesy
• Membuat carta organisasi
• Menghasilkan pamphlet yang mengandungi maklumat kelab Tradesy.
• Melaporkan setiap aktiviti dan program yang dianjurkan oleh kelab.
• Menemuramah ahli kelab dan pihak luar mengenai bidang berkaitan fasilitator.
• Membuat pengumuman mengenai mesyuarat dan penganjuran aktiviti melalui blog.

Exco Akademik
• Memantau prestasi akademik ahli kelab
• Menganjurkan program kecemerlangan diri bagi ahli kelab
• Menganjurkan program pengurusan diri, masa, dan motivasi
• Mengadakan kelas-kelas tambahan bagi kursus-kursus universiti yang difikirkan perlu.
• Menganjurkan bengkel kemahiran belajar

Exco Kerohanian
• Menganjurkan aktiviti-aktiviti spiritual seperti qiamulail dan bacaan yassin
• Memantau aktiviti yang dianjurkan oleh MT dan exco bagi memastikan aktiviti tersebut sesuai dan selaras dengan agama Islam.
• Menilai setiap aktiviti yang dirancang.
• Tazkirah ringkas sebelum memulakan mesyuarat.
• Menganjurkan kelas-kelas fardhu ain dan bacaan al-Quran bagi ahli kelab bagi memastikan setiap ahli mempunyai pengetahuan asas serta mampu membaca al-Quran.

Exco Sukan dan Rekreasi
• Menganjurkan aktiviti sukan mingguan pada waktu petang seperti berkayak di tasik Sime Darby, Joging beramai-ramai, berbasikal, go-kart, dan lain-lain
• Melakukan aktiviti senam robik, warming up, taici.

Exco Modul
• Menguruskan aktiviti modul, LDK, PDK, dan latihan modul
• Menghasilkan modul-modul baru
• Menganjurkan bengkel kemahiran yang harus dimiliki oleh seorang fasilitator

Exco Keusahawanan
• Mendapatkan penajaan daripada pihak swasta dan institusi kerajaan.
• Pada setiap semester bendahari kelab akan memberikan sejumlah modal yang difikirkan sesuai kepada exco keusahawanan bagi menjalankan aktiviti perniagaan yang boleh memberikan keuntungan dalam jangka masa panjang.

Mulai tahun ini Tradesy perlu diuruskan secara professional. Setiap exco harus berkerja sepanjang tahun, bukan pada awal tahun atau apabila ada projek sahaja. Jika kita berjaya melakukan aktiviti- aktiviti ini bukan bermakna kita telah menjadi kelab yang hebat tetapi itulah sepatutnya yang kita capai sesuai dengan tahap mahasiswa di universiti. Saya fikir setiap pelajar yang menyertai Tradesy perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakan-rakan di DPP tradewinds khasnya dan UUM umumnya. Kita adalah sebuah kelab yang ditubuhkan dengan tujuan utama untuk memudahcara atau membantu orang lain bagi mencapai sesuatu matlamat. Sudah semestinya orang yang membantu perlu memiliki keupayaan untuk membantu. Jika tidak, kita hanyalah bersikap hipokrit. Jika dalam undang-undang perniagaan ada menyebut prasa “seseorang tidak boleh memberikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dimilikinya”. Ia bermaksud seseorang tidak layak menjual barang yang bukan miliknya kepada orang lain. Dan dalam sebuah kelab fasilitator ia memberi makna seseorang tidak boleh memberikan ilmu yang tidak dimilikinya kepada orang lain. Itulah matlamat MT menubuhkan exco yang memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan keupayaan diri ahli Tradesy terlebih dahulu sebelum membantu orang lain.-Presiden.

About these ads
 
Tinggalkan komen

Posted by di 02/02/2009 in Majlis Tertinggi

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: