RSS

Monthly Archives: Disember 2011

SEMOGA BERJAYA…GOOD LUCK…ALL THE BEST..

Assalamualaikum..
apa khabar..harap semuanya sihat dan baik berada dalam lindunganNya…
sekarang,semua warga tradesy dan siswa siswi UUM sibuk dengan cinta buku buku..hehe..cinta muka buku dah kurang sebab minggu final exam da tinggal berapa hari lagi..
masing-masing sibuk mencari tips dan nota yang tertinggal.
hehe,,apa pun,jangan tenshen-tenshen,,,jangan stress,,senyum selalu..
dekatkan diri dengan Pencipta…banyakkan mtivasi dalam diri dan paling penting,yakin dengan diri sendiri…hehee..

banyakkan minum air taw..
pada kakak,,abang,,kawan2,adik2,,
semoga berjaya…good luck and all the best in final exam..banyakkan berdoa taw..hehe
pastikan hari ini lebih baik dari semalam..sentiasa berfikiran positif..
semoga Allah sentiasa menolong kita semua…semoga rahmat dan hidayah Allah mengiringi perjuangan kita bersama..amin..
p/s::disini,,harap semua kesilapan dan ketidakpuasan hati secara langsung atau tidak langsung dapat dimaafkan…kami menyusun sepuluh jari memohon maaf..dan semoga kemaafan itu dapat membantu kita dalam membersihkan hati untuk menjawab exam…amin…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 27/12/2011 in Uncategorized

 

JLSM TRADESY 2011~pengakhiran aktiviti tradesy bagi tahun 2011~

Assalamualaikum…apa khabar semua?harap-harap semuanya sihat dalam lindungan Allah…
sudah solat belum..dahulukan mana yang penting,ye kawan2…:)
24 Disember 2011,di tasik DPP MAS kami buat berbeque dan makan-makan dengan warda Tradesy..nama program tu JLSM a.k.a Jom Lepak Sambil Makan..program nie bertujuan nak berkenalan antara kakak dan abang tradesy dengan adik-adik yang baru masuk…
JLSM sangat seronok,,dengan angin sepoi-sepoi bahasa + hujan rintik-rintik..memang romantik..hehe



kami mula JLSM dengan prerparation untuk barbeque..menu hari itu ialah,kerang bakar,ayam barbeque,sosej,nasi goreng,buah tembikai dan air sirap..yummmyy!!!..
kredit to cik azeera dan ajk makanan kerana ayam yang diperap sangat sedap..semua orang puji kesedapan ayam..alhamdulillah,aktiviti pun berjalan lancar..terima kasih pada semua ajk aktiviti kerana semuanyer sporting..diharap,lepas nie,,pada adik-adik lebih sporting untuk join aktiviti…tapi korang memang best..alhamdulillah…antara aktiviti yang dijalankan ialah teka teki bersama abang hasfaizal,”Zas tin”, “beng bong”,”bimbong”,”thats your number”, dan sedkit refreshment…





selepas makan..kami pun siap untuk pulang..tapi…..kita ada satu games yang terakhir..khusus untuk abang dan kakak semester 7 sahaja..hehe..games ni melibatkan satu kumpulan dua orang,,dan si A harus menuang air tepung kedalam botol yang diletakkan diatas kepala si B dengan mata tertutup..sangat kelakar..semua orang kena kecuali girls..tp at last,ada jugak yang kena..tak pasal-pasal disiram dengan 2 botol air tepung..hehe..tapi itu satu pengalaman…satu keseronokan ~seronok ea~..hehe..
dan pada jam 6.30 petang kami semua berangkat pulang ke DPP Tradewinds..alhamdulillah,secara keseluruhan,semua orang enjoy+kenyang dengan aktiviti JLSM 2011,,
terima kasih pasa semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung..terima kasih kepada chef2 Tradewinds,,dan terima kasih pada semua warga tradesy yang sporting dengan aktiviti…terima kasih semua..
SALAM INSPIRE ASPIRE..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 25/12/2011 in Uncategorized

 

PROGRAM BATI SISWA PERAK (PART IV)

Assalamualaikum..apa khabar semua…sudah solat ke belum (bagi muslim)?dahulukan mana yang penting dulu yerk kawan-kawan…solat itu tiang agama…
apa pun,terima kasih kepada and asemua yang masih setia mengikuti perkembangan program bakti siswa perak ini..
pada 27 november 2011,adalah tarikh terakhir kami di kampung tumboh hangat..hari terakhir kami bersama amek dan apak kami..pagi itu,kami mulakan majlis penutup pada pukul 11 pagi..dihadiri oleh tok batin sendiri,,,dan ucapan daripada tok batin sangat terharu..touching!..wawa,,






Inilah saat yang agak sedih..sebelum bergambar,kami bermaafan dengan penduduk kampung…ada yang menangis..mungkin sedih nak lepaskan kami pergi..kami sememangnya mesra dengan orang asli disana,,,semuanya baik dan peramah..dalam pukul 12 tengahhari,bas daripada UUM sampai dan kami harus melangkah pergi.. sayu terasa dihati setiap peserta baksis..entah bila lagi dapat kembali..namun,kami sempat tinggalkan memori manis bersama mereka selama 4 hari 3 malam disana…kanak-kanak disana menitis air mata,menyebabkan kami (peserta baksis )pun jadi sedih sekali…sangat touching..akhirnya..bersama lambaian terakhir,kami melangkah pergi..
terima kasih kepada penduduk kampung tumbuh hangat,bota,perak…kerana sudi menerima kami..sudi melayan telatah kami dan sudi bersama kami untuk menjayakan program ini…segala jasamu akan kami kenang..segala memori akan tersimpan kemas didalam hati kami…
lepas nie,dah tak ada durian free nak makan,dah tak ada rambutan free nak makan…dan paling penting pengalaman tidur didalam rumah buluh dan dikejar ‘kuda kecil’ a.k.a anjing tak mungkin kami peroleh lagi…semoga pengalaman ini dapat memberi kesedaran kepada peserta baksis untuk terus maju kehadapan…
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA BAKTI SISWA PERAK 2011 KERANA SANGAT SPORTING DAN TERIMA KASIH DIATAS SEGALA SOKONGAN DAN PENAT LELAH ANDA DALAM MENJAYAKAN PROGRAM INI…

Majlis tertinggi…
Pengarah :Mohd Faiz Ismail
Timb Pengarah 1 : Norizan Abdullah
Timb Pengarah II: Siti Hasanah Ab.Ghappar
Setiausaha: Nur Haniszah Nisab
Timb Setiausaha:Nor Raihan Omar
Bendahari : Nurul Afifa Amira Mohd Zaidi

TERIMA KASIH JUGA KEPADA AJK A.K.A PESERTA BAKSIS A.K.A AJK aktivit baksis dan semua yang terlibat…
maaf lah..tak tertulis semuanya..

 
Tinggalkan komen

Posted by di 15/12/2011 in Uncategorized

 

PROGRAM BAKTI SISWA PERAK (PART III)

Assalamualaikum…apa khabar semua rakyat Malaysia..semoga sihat selalu dan sentiasa dalam lindungan Allah…
ok,sekarang nak sambung program bakti siswa perak bahagian 3 pulak..panjang sangat ceritanya..sekarang kita dah selesai untuk 25 november 2011…sekarang kita pergi pada hari seterusnya,26 november 2011…dimana pagi tue,sepatutnya kami bersenamrobik bersama penduduk kampung..tapi orang kampung pulak turun lambat disebabkan sedikit masalah teknikal…jadi kami tukar kepada round-round kampung pada waktu pagi..kami berjalan-jalan sekitar sawah padi..ladang kelapa sawit..merentasi sungai yang ada..
sangat best..dapat dengar kicauan burung…boleh petik rambutan dan perhentian terakhir kami di kawasan sawah padi bersama tali airnya..masa tue,matahari baru nak naik..kami dapat rasa keheningan kampung…
lepas tue,apa lagi..bergambar !!..banyak memori diabadikan di sana…bersama peserta baksis yang sangat ‘matured’..hehe…semua orang excited…





lepas tue,kami pun pulang ke dewan…dalam perjalanan ada peserta baksis dikejar oleh ‘kuda kecil’ aka anjing…anjing kat sana sangat comel..mereka jinak kecuali dengan certain peserta baksis..mungkin something wrong somwhere dengan sidia…hehe..

lepas pusing-pusing kampung,,kami pun bersiap untuk gotong-royong..semasa nak gotong royong,kami dikejutkan dengan 3 orang Alumni Tradesy iaitu KAK ZATI…ABG HADI…ABG NASY…excited sangat tengok diorang datang dan turun padang bersama kami…akhirnya,terlepas jua rindu kami pada alumni tradesy nie…hehe…seronok!..


gotong royong ambik masa sekejap aje…hanya kutip-kutip sampah sekitar dewan…
and then,kita continue pulak dengan program “bersama jabatan pembangunan wanita negeri perak”bersama kerjasama dari GiatMara. mereka akan mengajar penduduk kampung tentang jahitan sulaman riben…peserta baksis lelaki dan perempuan semua join..mereka sangat excited..hehe
penduduk kampung tumbh hangat pun apa kurangnya…mereka sangat kreatif dalam mereka corak sulaman…minat yang mereka tunjukkan sudah cukup untuk menghilangkan penat lelah kami…
terima kasih pada mohd fikri a.k.a paman fiq ismail,”driver”, baksis yang setia dengan kereta serena maroon kerana berulang-alik mengambil penduduk kampung untuk dibawa ke kantin sekolah kebangsaan Suak Padi… program ini disertai 30 orang penduduk kampung dan 10 orang peserta baksis…akhamdulillah,petangnya pengarah Jabatan pembangunan wanita Negeri Perak,Datin Rohana sanggup turun padang untuk bersama kami dan penduduk kampung..sangat terharu!..alhamdulillah..




banyak lagi gambar yang nak upload..tp line tak berapa ok..enjoy tengok mereka bersulam…
petang tue,kami bergotong royong memasak untuk malam kebudayaan…kami sama-sama memasak bersama penduduk kampung..menu kami ialah bihun goreng dan mee goreng…memang simple tapi banyak sangat air mata kami yang tumpah…terharu kerana banyak asap masuk dalam mata…
dan disini…kami bersama -sama hidupkan api..bersama-sama memasak..sangat seronok..walaupun petang itu agak mendung,alhamdulillah,aktiviti tetap berjalan seperti biasa…

ok..malam tue aktiviti kami ialah malam kebudayaan dan simfoni kasih…malam terakhir kami di kampung tumboh hangat…sambil makan,sekali kagi kami berkareoke bersama penduduk kampung..seronok sangat dan lepas tue,kami sambung dengan simfoni kasih..ia sebagai sumbangan ikhlas kami kepada ibu bapa angkat kami…


itu sahaja untuk hari 26 november 2011….ada satu lagi part,iaitu part yang terakhir…hehe..tunggu jangan tak tunggu….
assalamualaikum…

 
Tinggalkan komen

Posted by di 09/12/2011 in Uncategorized

 

PROGRAM BAKTI SISWA PERAK (PART II)

Assalamualaikum…apa khabar semua…harap sihat selalu..dan jangan lupa senyum selalu..senyum itu penawar racun dalam hidup ini…
sekarang,nak bercerita tentang program bakti siswa perak yang berlangsung di kampung tumboh hangat,bota,perak. alhamdulillah…berakhir dengan jayanya..

selepas program kembara ilmu,program kempen kesihatan bermula..dengan kerjasama dari hospital changkat melintang,berhampiran dengan kampung tumboh hangat. seramai dua orang penceramah memulakan sesi ceramah tentang penyakit tb dan pendermaan organ…



..

alhamdulillah,,sambutan daripada orang kampung agak mendapat sambutan..kami terpaksa pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk mewar-warkan program ini..walaupun penat,kami tetap seronok disamping kami dapat melihat budaya di kampung orang asli ini…
selepas solat zuhur dan makan tengahri,program mewarna melukis pula berlangsung di dewan…ramai kanak-kanak yang ikut sertai. program ini tamat awal dari waktu yang dijangka,dan pada waktu itu, kami mengajar kanak-kanak membaca buku cerita Inggeris..kami ingin melihat tahap akademik mereka dan apa yang kami boleh kata,mereka pandai…mereka sangat comel..kenakalan mmereka memang tidak dapat disangkal..

sekarang…selepas mewarna,kita pergi kepada sukaneka..kebiasaanya,memang setiap bakti siswa akan ada sukaneka..dan tema kami kali ini ialah “family day” setiap games akan berjalan serentak..semua penduduk kampung akan sertai games yang ada…ada 10 games yng berlangsung…petang itu dipenuhi dengan gelak tawa kami,,ada yang menjerit kerana terlalu excited dengan games yang diberi…yang pastinya,sukaneka petang itu sangat marvellous!!..setiap games akan ada para amek(ibu),apak(bapa) dan anak2 kecil…
jom layan…


banyak lagi gambar2 yang menggambarkan suasana yng ceria pada petang..semua orang seronok…
pada malamnya,hujan turun dengan lebatnya…sejuk sangat..dengan angin yang kuat lagi..namun,semangat yang kental,kami tunggu juga di dewan untuk aktiviti kembara malam yang akan dikendalikan oleh penduduk kampung…namun,penduduk kampung terpaksa batalkan kerana tebing hutan akan licin dan mendatangkan bahaya…
sedih lar jugak,tapi on the spot kami tukar kepada kareoke..dalam malam yang sejuk,kami berkareoke dengan orang kampung…bakal-bakal penyanyi dari uum tidak kurang hebatnya..tapi yang paling mengagumkan kami,suara orang asli kampung tumboh hangat sangat merdu…kami akan tergamam disitu..dengan pitching yang menarik,suara yang merdu..memang betul2 kaw…namun,peserta baksis apa kurangnya..semua orang begitu sporting,,,menyanyi dengan riang…dan kami akhiri malam kareoke dengan menari tarian poco-poco bersama penduduk kampung…seronok!semua orang sporting..:)


ok..itu sahaja untuk 25 november 2011..dari pagi sampai malam,penduduk kampung tetap turun memberi sokongan kepada kami..terima kasih semua..en hen hok..
nantikan sambungan seterusnya untuk 26 november 2011..aktiviti semakin menarik..semakin meriah….

 
Tinggalkan komen

Posted by di 05/12/2011 in Uncategorized