RSS

AGM 2011

31 Jan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Pada 27 Januari 2011, Kelab Tradesy telah melaksanakan perlantikan Majlis Tertinggi yang baru bagi sesi 2011. Majlis ini diadakan di Dewan Semarak Budi DPP Tradewinds bermula jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Azhar bin Anis Mohamad, Penolong Pengetua DPP Tradewinds.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Biru Warna diikuti dengan bacaan doa oleh Saudara Fikri. Seterusnya Encik Azhar memberi amanat serta pesanan kepada semua ahli Kelab Tradesy. Saudara Fian memberikan ucapan terakhir serta perbentangan aktiviti sepanjang tahun 2010 diikuti oleh perbentangan pendapatan dan perbelanjaan kelab oleh Saudara Faizal Azuan. Saudara Fian mengakhiri ucapannya dengan pembubaran Majlis Tertinggi Kelab Tradesy bagi sesi 2010.

Untuk pengetahuan semua,Saudari Nur Izzati binti Mat Yassin merupakan pencatat AGM pada kali ini.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan tayangan montaj bagi semua sementara kiraan undi dijalankan. Setelah selesai kiraan undi, berikut merupakan barisan Majlis Tertinggi Kelab Tradesy bagi sesi 2011 :

Presiden : Mohd Solleh bin Osman (majoriti 5 undi)
T.Presiden : Mohd Faiz bin Ismail (majoriti 29 undi)
Setiausaha : Siti Hasanah Ab Ghappar (majoriti 3 undi)
T.Setiausaha : Nur Haniszah bt Nisab (majoriti 27 undi)
Bendahari : Nik Najwal Huda Nik Himdan (majoriti 33 undi)
T.Bendahari : Salehudin bin Munawir (majoriti 1 undi)

Barisan MT baru Kelab Tradesy

Sebelum majlis berakhir,Presiden baru saudara Solleh memberikan sepatah dua kata kepada semua yang hadir dan setelah berakhirnya ucapan beliau, majlis bersurai dan tetamu jemputan menikmati makanan yang telah disediakan di bilik rekresi 2.

Sekian..INSPIRE,ASPIRE..We ♥ Tradesy..

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 31/01/2011 in Majlis Tertinggi

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: