RSS

AKTIVITI KELAB TRADESY YANG AKAN DATANG

01 Mei

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada semester ini, pelbagai aktiviti telahpun dirancang, namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, beberapa aktiviti terpaksa ditunda ke semester hadapan. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah program “Satu Impian Satu Harapan”. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 4 iaitu pelajar dari Sekolah Menengah Bandar Baru Sintok. Seramai 100 orang pelajar akan terlibat dalam program ini. Program ini bertujuan untuk memupuk jati diri dalam kalangan pelajar. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar ini yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Pelajar-pelajar ini juga dapat didedahkan dengan suasana Universiti.

Aktiviti yang seterusnya juga melibatkan pelajar sekolah menengah iaitu program “Menggapai Bintang Persada”. Peserta-peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dari Sekolah Menengah Sultanah Bahiyah. Beberapa orang fasilitator yang terpilih akan dihantar ke sana bagi menjayakan program ini. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.

Selain itu, Seminar kerjaya juga akan dijalankan pada semester hadapan. Sasaran peserta ialah pelajar-pelajar Matrikulasi. Tujuan program ini diadakan ialah untuk mendedahkan para peserta dengan kos-kos yang sesuai dengan diri mereka apabila mereka masuk ke Universiti kelak. Selain itu, mereka juga dapat didedahkan dengan alam pekerjaan.

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 01/05/2011 in Uncategorized

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: