RSS

PROGRAM BAKTI SISWA PERAK (PART II)

05 Dis

Assalamualaikum…apa khabar semua…harap sihat selalu..dan jangan lupa senyum selalu..senyum itu penawar racun dalam hidup ini…
sekarang,nak bercerita tentang program bakti siswa perak yang berlangsung di kampung tumboh hangat,bota,perak. alhamdulillah…berakhir dengan jayanya..

selepas program kembara ilmu,program kempen kesihatan bermula..dengan kerjasama dari hospital changkat melintang,berhampiran dengan kampung tumboh hangat. seramai dua orang penceramah memulakan sesi ceramah tentang penyakit tb dan pendermaan organ…



..

alhamdulillah,,sambutan daripada orang kampung agak mendapat sambutan..kami terpaksa pergi dari satu rumah ke satu rumah untuk mewar-warkan program ini..walaupun penat,kami tetap seronok disamping kami dapat melihat budaya di kampung orang asli ini…
selepas solat zuhur dan makan tengahri,program mewarna melukis pula berlangsung di dewan…ramai kanak-kanak yang ikut sertai. program ini tamat awal dari waktu yang dijangka,dan pada waktu itu, kami mengajar kanak-kanak membaca buku cerita Inggeris..kami ingin melihat tahap akademik mereka dan apa yang kami boleh kata,mereka pandai…mereka sangat comel..kenakalan mmereka memang tidak dapat disangkal..

sekarang…selepas mewarna,kita pergi kepada sukaneka..kebiasaanya,memang setiap bakti siswa akan ada sukaneka..dan tema kami kali ini ialah “family day” setiap games akan berjalan serentak..semua penduduk kampung akan sertai games yang ada…ada 10 games yng berlangsung…petang itu dipenuhi dengan gelak tawa kami,,ada yang menjerit kerana terlalu excited dengan games yang diberi…yang pastinya,sukaneka petang itu sangat marvellous!!..setiap games akan ada para amek(ibu),apak(bapa) dan anak2 kecil…
jom layan…


banyak lagi gambar2 yang menggambarkan suasana yng ceria pada petang..semua orang seronok…
pada malamnya,hujan turun dengan lebatnya…sejuk sangat..dengan angin yang kuat lagi..namun,semangat yang kental,kami tunggu juga di dewan untuk aktiviti kembara malam yang akan dikendalikan oleh penduduk kampung…namun,penduduk kampung terpaksa batalkan kerana tebing hutan akan licin dan mendatangkan bahaya…
sedih lar jugak,tapi on the spot kami tukar kepada kareoke..dalam malam yang sejuk,kami berkareoke dengan orang kampung…bakal-bakal penyanyi dari uum tidak kurang hebatnya..tapi yang paling mengagumkan kami,suara orang asli kampung tumboh hangat sangat merdu…kami akan tergamam disitu..dengan pitching yang menarik,suara yang merdu..memang betul2 kaw…namun,peserta baksis apa kurangnya..semua orang begitu sporting,,,menyanyi dengan riang…dan kami akhiri malam kareoke dengan menari tarian poco-poco bersama penduduk kampung…seronok!semua orang sporting..:)


ok..itu sahaja untuk 25 november 2011..dari pagi sampai malam,penduduk kampung tetap turun memberi sokongan kepada kami..terima kasih semua..en hen hok..
nantikan sambungan seterusnya untuk 26 november 2011..aktiviti semakin menarik..semakin meriah….

Advertisements
 
Tinggalkan komen

Posted by di 05/12/2011 in Uncategorized

 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: