RSS

Kenali Tradesy

SEJARAH PENUBUHAN

Kelab Tradesy ditubuhkan untuk mewujudkan satu organisasi yang mampu membimbing dan memimpin individu lain. Singkatan daripada “Kelab Fasilitator Tradewinds” merupakan sebuah kelab yang ditubuhkan hasil cetusan idea Mantan Pengetua Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Tradewinds, En. Ahmad Rizal Mazlan.

Kelab Tradesy yang ditubuhkan pada 14 September 2006 dengan keahlian sulong seramai 40 orang dan dirasmikan pada 8 September 2007 berfungsi sebagai pemudahcara dalam membentuk generasi yang berketrampilan unggul sekaligus meningkatkan motivasi dan keyakinan diri individu dalam konteks kepimpinan. Selain itu, ia bertujuan melahirkan fasilitator yang berkaliber mengikut acuan tersendiri sejajar dengan moto Universiti, ILMU, BUDI, dan BAKTI.

VISI

Melahirkan fasilitator proaktif dalam menjana generasi berkualiti dan berdaya saing.

MISI

Melaksanakan aktiviti berbentuk kemahiran & latihan secara profesional dan dinamik demi melahirkan insan cemerlang berteraskan ILMU, BUDI, dan BAKTI.

OBJEKTIF

1. Melahirkan fasilitator yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa, raja, dan negara ke arah mempertingkatkan kecemerlangan kemahiran dan berketerampilan unggul.

2. Memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan fasilitator ke arah yang lebih berdisiplin, cergas, dinamik, tahan lasak serta berdikari demi keseimbangan sahsiah antara keilmuan, kebudimanan, dan segala sifat kemanusiaan.

3. Memudahcarakan program berbentuk kepimpinan, kemahiran, motivasi serta menyusun rancangan berasaskan wawasan yang sihat bagi memperbaiki mutu hidup ke arah yang lebih kreatif dan inovatif.

4. Mewujudkan aktiviti kepimpinan sebagai galakan pembangunan sosial, komunikasi, dan persaingan sihat antara individu seiring kehendak dan aspirasi negara.

Advertisements
 

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: